Laraskan kelantangan kesan bunyi untuk AirPods
Anda boleh melaraskan kelantangan kesan bunyi yang dimainkan oleh AirPods anda, seperti apabila anda meletakkannya dalam telinga anda, menekan dan menahan Kawalan Sentuh pada AirPods Pro 2, atau menerima isyarat bateri lemah.
Pakai AirPods anda dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Lakukan satu daripada berikut:
iPhone atau iPad: Pergi ke Seting > Kebolehcapaian > AirPods, kemudian pilih AirPods anda.
Mac: Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Kebolehcapaian dalam bar sisi, klik Audio, kemudian pilih AirPods anda.
Apple Watch: Pergi ke Seting > Kebolehcapaian > AirPods, kemudian pilih AirPods anda.
Apple TV: Pergi ke Seting > Kebolehcapaian > AirPods, kemudian pilih AirPods anda.
Laraskan Kelantangan Nada.
Anda juga boleh mengubah seting kebolehcapaian untuk AirPods anda agar sesuai dengan keperluan pendengaran anda. Lihat Setkan penyesuaian fon kepala.