Gunakan pengehadan kandungan dan permainan dalam App Store pada Mac
Anda boleh menggunakan pengehadan kandungan pada app dan permainan dalam App Store. Jika anda menyediakan Perkongsian Keluarga, anda boleh mengaktifkan Minta untuk Beli supaya anda diminta meluluskan pembelian untuk ahli keluarga tertentu.
Gunakan pengehadan kandungan dan permainan
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Masa Skrin dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Jika anda ialah ibu bapa atau penjaga dalam kumpulan Perkongsian Keluarga, klik menu timbul Ahli Keluarga di sebelah kanan dan pilih ahli keluarga.
Klik Kandungan & Privasi, kemudian aktifkan Kandungan & Privasi.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Setkan pengehadan Game Center dan Permainan Berbilang Pemain: Klik App Store, Media, Web, & Permainan, kemudian pilih untuk membenarkan atau nyahbenarkan tindakan dalam Game Center dan Permainan Berbilang Pemain.
Setkan pengehadan kedai berdasarkan umur: Klik Pengehadan Kedai, kemudian pilih Benarkan Semua, Jangan Benarkan, atau paras penilaian khusus yang digunakan di negara atau rantau anda.
Aktifkan Minta untuk Beli
Minta untuk Beli diaktifkan secara lalai untuk kanak-kanak di bawah 13 tahun dan boleh diaktifkan bagi ahli keluarga di bawah 18 tahun. (Had umur tertentu mungkin berbeza di negara atau rantau yang berlainan.) Lihat Sediakan Perkongsian Keluarga.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Keluarga dalam bar sisi.
Klik ahli keluarga, klik Minta untuk Beli dalam bar sisi, klik Aktifkan Minta Kebenaran untuk Beli (jika diperlukan) kemudian aktifkan Perlukan Kelulusan Pembelian.