Lihat dan urus app yang dibeli
Anda boleh melihat app yang anda beli menggunakan Apple ID anda dalam senarai Dibeli pada mana-mana komputer Mac anda. Jika anda tidak mahu app tertentu muncul dalam senarai itu, anda boleh sembunyikannya. Anda juga boleh nyahpasangkan app yang anda tidak perlukan lagi.
Lihat app dibeli
Daftar masuk ke akaun anda dalam App Store, kemudian klik Dibeli.
Sembunyikan dan tunjukkan app
Sembunyikan app dibeli: Tekan dan tahan kekunci Control, klik app, kemudian pilih Sembunyikan Pembelian.
Lihat app tersembunyi: Klik Kedai > Lihat Akaun saya, kemudian klik Uruskan (di sebelah kanan Item Tersembunyi). Dalam tetingkap yang muncul, klik Nyahsembunyikan untuk app yang anda mahu muncul dalam senarai Dibeli. Apabila anda sudah selesai, klik Selesai.
Nyahpasang app
Nota: Anda tidak boleh menyahpasangkan app yang sebahagian daripada macOS, seperti Safari dan Mail.
Seret app daripada folder Aplikasi ke Sampah (terletak di hujung Dock), kemudian pilih Finder > Kosongkan Sampah.
Untuk mengetahui cara menyahpasangkan menggunakan Penyahpasang, lihat Pasangkan, kemas kini dan nyahpasangkan app.