Cari, beli dan muat turun app
Untuk mencari app yang sempurna, carinya atau layari App Store. Sebaik sahaja anda menemui app yang anda mahu, anda boleh membelinya menggunakan Apple ID anda, atau anda boleh menebus kod muat turun atau kad hadiah.
Cari dan beli app
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Cari app: Masukkan satu atau lebih perkataan dalam medan carian di sudut atas kanan tetingkap App Store, kemudian tekan Enter.
Minta Siri. Cakap sesuatu seperti: “Cari app oleh Apple.” Ketahui lebih lanjut tentang Siri.
Layari App Store: Klik Ditampilkan, Carta Teratas, atau Kategori di bahagian atas tetingkap App Store.
Klik nama atau ikon app untuk mendapatkan perihalan dan lihat penilaian dan ulasan pelanggan.
Untuk muat turun app, klik butang yang menunjukkan harga app atau “Dapatkan.” Kemudian klik butang sekali lagi untuk memasang atau membeli app (atau gunakan Touch ID).
Semasa pemasangan, anda boleh jeda atau batal.
Tebus kad hadiah iTunes, kad Apple Music atau muat turun kod
Klik Tebus dalam kawasan Pautan Cepat di sebelah kanan (jika anda tidak melihatnya, klik Ciri, Carta Utama, atau Kategori dalam bar alat). Masukkan kod muat turun atau kod dari kad hadiah anda.
Jika anda mempunyai kad hadiah dengan kotak sekitar kod, anda boleh gunakan kamera terbina dalam Mac anda untuk menebus kad berkenaan. Selepas anda klik Tebus, klik Gunakan Kamera, kemudian tahan kad hadiah 4 hingga 7 inci (10 hingga 18 sentimeter) dari kamera. Pastikan kawasan kod berdekatan pusat pratonton, kemudian pegang kad dengan kukuh sehingga anda diberitahu yang ia telah ditebus.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Apakah jenis kad hadian yang saya ada?
Beli kandungan dan langganan dalam app
Sesetengah app menjual kandungan tambahan, termasuk kemas kini app, kandungan permainan dan langganan. Untuk membuat pembelian dalam app, masukkan Apple ID anda (atau gunakan Touch ID). Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang langganan, lihat Uruskan langganan app.
Muat turun app yang dibeli oleh ahli keluarga lain
Jika anda sebahagian daripada kumpulan Perkongsian Keluarga, anda boleh muat turun app yang dibeli oleh ahli keluarga lain.
Klik Dibeli dalam bar alat, klik Pembelian Saya, kemudian pilih ahli keluarga.
Muat turun item yang anda inginkan.