Beri maklum balas untuk Apple Business Manager
Apple mengalu‑alukan maklum balas anda untuk Apple Business Manager—hanya daftar masuk ke laman web AppleSeed untuk IT menggunakan Akaun Apple Terurus yang dikaitkan dengan akaun Apple Business Manager anda. Jika anda daftar masuk buat kali pertama, anda mesti bersetuju dengan Terma dan Syarat. Apabila anda memberikan maklum balas, ia akan dikaitkan dengan organisasi Apple Business Manager anda.
Daripada Mac anda
Untuk menyerahkan maklum balas daripada Mac anda, daftar masuk ke app Pembantu Maklum Balas menggunakan Akaun Apple Terurus yang sama yang anda gunakan untuk mendaftar dalam AppleSeed untuk IT.
Daripada iPhone atau iPad anda
Untuk menyerahkan maklum balas daripada iPhone atau iPad anda, pasang profil konfigurasi AppleSeed iOS atau iPadOS yang terkini pada peranti anda, lancarkan app Maklum Balas, kemudian daftar masuk menggunakan Akaun Apple Terurus yang sama yang anda gunakan untuk mendaftar AppleSeed untuk IT.