Gunakan Akaun Apple Terurus dalam Apple Business Manager
Akaun Apple Terurus direka bentuk untuk meningkatkan produktiviti pekerja dan memberikan perkhidmatan yang mungkin perlukan pengguna. Akaun ini direka bentuk secara khusus untuk organisasi dan berasingan daripada Akaun Apple peribadi yang dicipta oleh pengguna untuk diri sendiri. Hal ini membantu untuk memastikan pengasingan data organisasi daripada data peribadi dibuat dengan kawalan pengurusan yang kukuh.
Tidak seperti Akaun Apple peribadi, Akaun Apple Terurus dimiliki dan diuruskan oleh organisasi anda—termasuk mereset kata laluan dan pentadbiran berasaskan peranan. Akaun ini juga menyediakan akses kepada iCloud untuk kerjasama dengan iWork dan Notes—dan sandaran pada peranti iPhone dan iPad. Apple Business Manager memudahkan organisasi untuk mencipta dan mengurus akaun ini secara besar‑besaran.
Penting: Pengguna dengan Akaun Apple Terurus boleh terkunci akaun jika mereka memasukkan kata laluan yang salah lebih daripada 10 kali atau jika Apple mengesyaki terdapat aktiviti penipuan pada akaun mereka. Untuk mereset kata laluan mereka, pengguna mesti menghubungi sebarang pengguna dengan peranan Pentadbir atau Pengurus Individu. Untuk pengguna yang dikunci kerana disyaki terlibat dengan aktiviti penipuan, seorang pengguna Apple Business Manager dengan peranan Pentadbir mesti menghubungi Apple untuk membuka kunci akaun itu. Pada ketika itu, kata laluan pengguna boleh direset oleh pengguna degan peranan Pentadbir.
Cara Akaun Apple Terurus dicipta
Akaun Apple Terurus dicipta selepas anda:
Konfigurasi dan dayakan pengesahan penyepaduan dengan Google Workspace, Microsoft Entra ID atau pembekal identiti anda (IdP)
Lihat Pengenalan kepada pengesahan penyepaduan.
Nota: Jika organisasi anda menggunakan pengesahan penyepaduan, seting Format Akaun Apple Terurus Lalai tidak terpakai.
Segerakkan dengan Google Workspace
Segerakkan menggunakan Open ID Connect (OIDC) dengan Microsoft Entra ID
Lihat Segerakkan akaun pengguna daripada Microsoft Entra ID.
Segerakkan menggunakan Open ID Connect (OIDC) atau Sistem untuk Pengurusan Identiti Melangkaui Domain (SCIM) dengan IdP anda
Penting: Harap maklum bahawa setiap Akaun Apple Terurus mestilah unik. Akaun juga tidak boleh sama dengan Akaun Apple lain yang mungkin sudah dimiliki oleh pengguna lain.
Cara Akaun Apple Terurus digunakan
Sebagai sebarang pengguna dengan peranan Pentadbir atau sebarang Pengurus, anda menggunakan Akaun Apple Terurus dengan dua cara utama—dengan akaun dan peranan.
Akaun: Pengguna dengan peranan Pentadbir boleh melengkapkan pelbagai tugasan dalam Apple Business Manager untuk mengurus akaun. Sebagai contoh, anda boleh menugaskan peranan atau mereset kata laluan untuk kumpulan pengguna tertentu.
Peranan: Selepas Akaun Apple Terurus dicipta untuk pengguna, peranan kemudiannya boleh ditugaskan untuk pengguna. Peranan ini menentukan jenis tugasan yang boleh dilakukan pengguna dalam Apple Business Manager dengan Akaun Apple Terurus mereka.
Akaun Apple Terurus berubah seiring dengan peranan Pentadbir
Hanya pengguna dengan peranan Pentadbir yang boleh mengubah suai pengguna lain dengan peranan Pentadbir, termasuk akaun mereka sendiri.
Akses kepada perkhidmatan menggunakan Akaun Apple Terurus
Akses kepada perkhidmatan khusus mungkin berbeza-beza apabila menggunakan Akaun Apple Terurus. Lihat Akses perkhidmatan dengan Akaun Apple Terurus dalam Pengerahan Platform Apple.