Gunakan iPad Yang Dikongsi dengan Akaun Apple Terurus
Anda boleh menggunakan Akaun Apple Terurus dengan dua cara:
Akaun Apple Terurus tanpa iPad Yang Dikongsi: Pengguna mempunyai perkhidmatan yang dilumpuhkan menggunakan Akaun Apple Terurus. Tiada seting iPad yang dilumpuhkan.
Akaun Apple Terurus dengan iPad Yang Dikongsi: Pengguna mempunyai seting yang dilumpuhkan menggunakan Akaun Apple Terurus, dan mempunyai perkhidmatan yang dilumpuhkan menggunakan Akaun Apple Terurus pada iPad Yang Dikongsi.
Nota: Sesetengah perkhidmatan ini boleh ditogol dalam Pusat Kawalan atau dalam penyelesaian pengurusan peranti mudah alih anda (MDM). Untuk mengetahui lebih lanjut, rujuk dokumentasi vendor MDM anda.
Kategori seting iPad | Item yang tidak dapat digunakan dengan iPad Yang Dikongsi | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Ciri iCloud khusus | Daftar keluar, segerakkan perkhidmatan, tambah maklumat bayaran, Perkongsian Keluarga, Perkongsian Lokasi | ||||||||||
Kesinambungan |
| ||||||||||
Maklumat pemberitahuan | Pemberitahuan, Bunyi, Jangan Ganggu, Masa Skrin | ||||||||||
Media | Muzik, TV, Buku, Game Center, Pembekal TV, Hias Latar, Ukur | ||||||||||
Paparan & Kecerahan | Auto Kunci | ||||||||||
Penerbit Berita | Pengguna tidak boleh menggunakan Penerbit Berita untuk menguruskan saluran dalam Apple News. | ||||||||||
Privasi | Pergerakan & Kecergasan, Kongsi Analitis iCloud Mengehadkan Penjejakan Iklan dihidupkan dan tidak boleh dimatikan | ||||||||||
Pusat Kawalan | Menambah atau mengeluarkan item daripada Pusat Kawalan | ||||||||||
Rangkaian | Data Selular, Pembawa, Hotspot Peribadi, VPN | ||||||||||
Touch ID & Kod Laluan | Keseluruhan bahagian dikeluarkan | ||||||||||
Umum | Keupayaan untuk mencari Seting menggunakan bar Carian, AirDrop (Contacts Only tidak tersedia), Kemas Kini Perisian, Handoff, Segar Semula App Latar, Penyegerakan Wi-Fi Finder, Pengurusan Storan, Pengurusan Peranti, Reset, Tutup |
Tingkah laku app Apple
Untuk fokus yang lebih baik, iPad Yang Dikongsi akan melumpuhkan atau mengubah suai tingkah laku app berikut. Apabila menggunakan Akaun Apple Terurus dengan iPad Yang Dikongsi, pengalaman pengguna ditunjukkan seperti berikut.
App Apple | Tingkah laku | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Cari | App dikeluarkan. | ||||||||||
FaceTime | Dimatikan secara lalai. | ||||||||||
Mesej | Dimatikan secara lalai. | ||||||||||
Rumah | App dikeluarkan. | ||||||||||
Tip | App dikeluarkan. | ||||||||||
Wallet | App Wallet muncul tetapi pengguna tidak dapat menggunakan Apple Pay. |