Lihat maklumat peranti dalam Apple Business Manager
Selepas peranti dipilih, anda dapat melihat maklumat tambahan, seperti tarikh peranti ditambahkan ke Apple Business Manager dan tarikh peranti ditugaskan ke pelayan MDM tertentu. Anda juga boleh menukar pelayan MDM yang dikaitkan dengan peranti. Lihat Tugaskan, tugaskan semula atau batalkan tugasan peranti.
Dapatkan maklumat tentang peranti
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir atau Pengurus Pendaftaran Peranti.
Pilih Peranti dalam bar sisi, kemudian pilih atau cari peranti dalam medan carian. Lihat Cara mencari.
Untuk mencari peranti tertentu, anda boleh menampal sehingga 1,024 nombor siri daripada fail teks, dengan setiap nombor siri dipisahkan oleh koma.
Pilih peranti daripada senarai, kemudian lihat butiran peranti yang berbeza‑beza bergantung pada pemilik peranti tersebut.