Kongsi muzik, komposer dan artis dalam Apple Music Classical
Anda boleh berkongsi muzik, komposer dan artis daripada Apple Music Classical dengan orang lain yang melanggan Apple Music.
Kongsi muzik
Pergi ke app Apple Music Classical pada iPhone, iPad, atau peranti Android anda.
Cari atau layari untuk mencari senarai main, album, karya muzik, atau rakaman. Anda juga boleh memilih item daripada skrin Library.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Pada iPhone atau iPad: Ketik .
Pada Android: Ketik .
Ketik Share [Item], kemudian ketik pilihan perkongsian.
Tambah butiran penerima.
Kongsi komposer atau artis
Anda boleh berkongsi komposer atau artis semasa anda berada di halaman mereka. Untuk melihat maklumat komposer atau artis, penerima anda juga memerlukan Apple Music Classical.
Pergi ke app Apple Music Classical pada iPhone, iPad, atau peranti Android anda.
Cari atau layari untuk mencari komposer atau artis. Anda juga boleh memilih komposer atau artis daripada skrin Library.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Pada iPhone atau iPad: Ketik .
Pada Android: Ketik .
Ketik Share [Item], kemudian ketik pilihan perkongsian.
Tambah butiran penerima.
Petua: Orang yang anda baru hantarkan mesej atau item ditunjukkan di atas pilihan perkongsian. Ketik nama untuk berkongsi item dengan mereka dengan cepat.