Padamkan muzik daripada pustaka Apple Music Classical anda
Anda boleh mengurus pustaka anda dengan memadamkan muzik yang anda tambah.
Padam album
Pergi ke app Apple Music Classical
pada iPhone, iPad, atau peranti Android anda.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Pada iPhone: Ketik Library, ketik Albums, ketik album yang anda mahu keluarkan, kemudian ketik
.
Pada iPad: Ketik Albums, ketik album yang anda mahu keluarkan, kemudian ketik
. (Anda mungkin perlu mengetik
untuk memaparkan Albums dalam bar sisi.)
Pada Android: Ketik Library, ketik Albums, ketik album yang anda mahu keluarkan, kemudian ketik
.
Ketik Delete Album.
Nota: Memadamkan album juga akan mengeluarkan treknya daripada pustaka anda.
Padam trek
Pergi ke app Apple Music Classical
pada iPhone, iPad, atau peranti Android anda.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Pada iPhone: Ketik Library, ketik Tracks, kemudian ketik
di sebelah trek yang anda mahu keluarkan.
Pada iPad: Ketik Tracks, kemudian ketik
di sebelah trek yang anda mahu keluarkan. (Anda mungkin perlu mengetik
untuk memaparkan Tracks dalam bar sisi.)
Pada Android: Ketik Library, ketik Tracks, kemudian ketik
di sebelah trek yang anda mahu keluarkan.
Ketik Delete from Library.
Nota: Apabila anda memadamkan trek, ia dikeluarkan daripada sebarang senarai main yang anda cipta. Jika anda memadamkan semua trek yang terkandung dalam album, album dikeluarkan daripada pustaka anda.
Anda juga boleh memadamkan senarai main yang anda telah cipta. Senarai main Favorite Songs tidak boleh dipadamkan. Lihat Tandakan muzik, komposer atau artis sebagai kegemaran.