Panduan Pengguna Apple School Manager
- Selamat Datang
-
-
- Pengenalan kepada pengesahan penyepaduan
- Gunakan pengesahan penyepaduan dengan Google Workspace
- Gunakan pengesahan penyepaduan dengan Microsoft Entra ID
- Gunakan pengesahan penyepaduan dengan pembekal identiti anda
- Tukar maklumat domain pengguna
- Pindahkan perkhidmatan Apple ke Akaun Apple Terurus
- Putuskan sambungan penyepaduan dari domain
- Sepadukan dengan SIS anda
-
-
- Sejarah semakan dokumen
- Copyright
Ambil bahagian dalam ciri beta dalam Apple School Manager
Anda boleh mengambil bahagian dalam percubaan ciri beta dalam Apple School Manager. Apabila anda mengambil bahagian, organisasi anda boleh membantu Apple dengan menilai ciri baharu dan menguji dengan infrastruktur IT, rangkaian dan pengguna terpilih anda untuk memastikan bahawa anda bersedia untuk menyokong kakitangan dan pelajar apabila ciri dikeluarkan dari beta.
Lihat dan aktifkan ciri beta
Dalam Apple School Manager , daftar masuk dengan akaun anda.
Pilih nama anda di bahagian bawah bar sisi, pilih Keutamaan , kemudian pilih Ciri Beta .
Lakukan satu daripada yang berikut:
Jika sebarang pengguna daripada organisasi ini dengan keistimewaan pentadbir AppleSeed untuk IT telah menerima terma dan syarat AppleSeed untuk IT, pilih Dayakan untuk ciri beta tertera dalam Apple School Manager.
Jika tiada pengguna daripada organisasi ini yang telah menerima terma dan syarat AppleSeed untuk IT, pilih Mulakan Pendaftaran, daftar masuk ke AppleSeed untuk IT dan terima terma dan syarat.