iPadOS 18
Gunakan iPad seperti kanta pembesar dengan Akses Bantu
Orang yang menggunakan Akses Bantu pada iPad boleh menggunakan app Pembesar untuk zum masuk pada teks dan objek lain yang berhampiran.
Jika app Pembesar tiada pada Skrin Utama, anda boleh menambahkannya. Lihat Tambah, keluarkan dan sesuaikan app untuk Akses Bantu.
Gunakan iPad seperti kanta pembesar
Masuk Akses Bantu jika ia tidak aktif, kemudian pergi ke app Pembesar .
Tunjukkan kamera iPad ke arah objek atau teks berhampiran.
Ketik Zum Masuk atau Zum Keluar.
Pada sebarang skrin dalam Akses Bantu, orang yang menggunakan Akses Bantu sentiasa boleh mengetik Balik untuk kembali ke skrin sebelumnya.