Sediakan Akses Bantu dengan ciri kebolehcapaian lain untuk iPad
Akses Bantu pada iPad berfungsi dengan ciri kebolehcapaian iPadOS lain, termasuk yang disenaraikan di bawah.
Ciri | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
AssistiveTouch | Sesuaikan skrin sentuh anda untuk memenuhi keperluan anda—jika sesetengah gerak isyarat tidak sesuai untuk anda, gantikannya dengan ketik atau gerak isyarat lain. Anda juga boleh menggunakan ketik atas skrin apabila anda perlu menekan butang iPad. Lihat Gunakan AssistiveTouch dalam Panduan Pengguna iPad. | ||||||||||
Pembesar | Zum masuk pada teks dan objek berhampiran dengan app Pembesar (dioptimumkan untuk Akses Bantu). Lihat Gunakan iPad seperti kanta pembesar dengan Akses Bantu. | ||||||||||
Kawalan Suis | Berinteraksi dengan iPad dengan mengaktifkan suis, seperti menekan butang pada peranti adaptif luaran. Lihat Sediakan dan aktifkan Kawalan Suis dalam Panduan Pengguna iPad. | ||||||||||
VoiceOver | Gunakan pembaca skrin terbina dalam untuk berinteraksi dengan iPad walaupun jika anda tidak boleh melihat skrin. Lihat Aktifkan dan berlatih menggunakan VoiceOver dalam Panduan Pengguna iPad. | ||||||||||
Kawalan Suara | Berinteraksi dengan iPad menggunakan hanya suara anda. Lihat Gunakan Kawalan Suara untuk berinteraksi dengan iPad dalam Panduan Pengguna iPad. |
Akses Bantu berfungsi dengan kebanyakan ciri kebolehcapaian tambahan yang menyokong penglihatan, pendengaran, pertuturan serta keperluan fizikal dan motor. Untuk mengetahui cara menyediakan dan menggunakan ciri kebolehcapaian lain, lihat Bermula dengan ciri kebolehcapaian dalam Panduan Pengguna iPad.
Untuk mendapatkan lebih banyak sumber, lawati Tapak web Sokongan Kebolehcapaian Apple.