Masuk dan keluar daripada Akses Bantu pada iPad
Selepas anda menyediakan Akses Bantu pada iPad, anda boleh memasuki dan keluar daripadanya mengikut keperluan.
Masuk ke Akses Bantu
Pergi ke Seting > Kebolehcapaian > Akses Bantu, ketik Mulakan Akses Bantu, kemudian masukkan kod laluan Akses Bantu.
Petua: Anda boleh mengkonfigurasikan Pintasan Kebolehcapaian supaya anda boleh memasuki Akses Bantu menggunakan tindakan yang sama anda gunakan untuk keluar daripadanya (mengklik butang atas tiga kali atau butang Utama). Lihat Buka ciri dengan cepat menggunakan Pintasan Kebolehcapaian dalam Panduan Pengguna iPad.
Keluar daripada Akses Bantu
Klik butang Utama tiga kali (pada iPad dengan butang Utama) atau butang atas (pada model iPad lain), ketik Keluar daripada Akses Bantu, kemudian masukkan kod laluan Akses Bantu.
Anda perlu keluar daripada Akses Bantu untuk melakukan mana-mana daripada berikut:
Tukar kebanyakan seting Akses Bantu dan sistem. Lihat Tukar seting Akses Bantu.
Tambah app ke Akses Bantu dan sesuaikannya. Lihat Tambah, keluarkan dan sesuaikan app untuk Akses Bantu.
Muat turun app daripada App Store. Lihat Dapatkan app dalam App Store dalam Panduan Pengguna iPad.
Semak pemberitahuan sistem dan mulakan kemas kini perisian. Lihat Kemas kini iPadOS dalam Panduan Pengguna iPad.
Lihat ikon status dan simbol tertentu, termasuk yang menunjukkan ketersediaan rangkaian, Mod Pesawat, Fokus atau Bluetooth®, atau apabila app atau tapak web menggunakan Perkhidmatan Lokasi. Lihat Fahami sesetengah perbezaan dalam Akses Bantu.
Jika anda terlupa kod laluan Akses Bantu, anda boleh menggunakan Akaun Apple anda untuk keluar daripada Akses Bantu dan mereset kod laluan. Lihat Tukar kod laluan Akses Bantu.