Hantar mesej dengan Akses Bantu pada iPhone
Orang yang menggunakan Akses Bantu pada iPhone boleh menggunakan app Mesej untuk berkomunikasi dengan keluarga, rakan dan penyokong yang dipercayai (seperti penyedia penjagaan) menggunakan swafoto video, emoji atau teks.
Jika app Mesej tiada pada Skrin Utama, anda boleh menambahkannya. Lihat Tambah, keluarkan dan sesuaikan app untuk Akses Bantu.
Hantar mesej
Masuk Akses Bantu jika ia tidak aktif, kemudian pergi ke app Mesej .
Lakukan salah satu daripada berikut:
Hantar mesej kepada kenalan kegemaran: Ketik kenalan, kemudian ketik Mesej Baharu.
Hantar mesej kepada kenalan: Ketik Kenalan, ketik satu kenalan, kemudian ketik Mesej Baharu.
Balas perbualan terbaru: Ketik Terbaru, ketik satu perbualan, kemudian ketik Mesej Baharu.
Jika anda tidak melihat kenalan yang anda jangkakan, pastikan kenalan telah ditambahkan ke senarai orang yang menggunakan Akses Bantu boleh menghantarkan mesej. Lihat Sediakan Mesej untuk Akses Bantu.
Jika lebih daripada satu kaedah input tersedia, ketik kaedah yang anda mahu gunakan (Papan Kekunci, Swafoto Video atau Emoji).
Petua: Anda boleh meringkaskan Mesej dengan mengaktifkan hanya satu kaedah input (seperti Swafoto Video atau Emoji). Selepas orang yang menggunakan Akses Bantu memilih orang yang mereka mahu hantarkan mesej, mereka boleh mula mencipta mesej tanpa perlu memilih kaedah input dahulu.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Hantar swafoto video: Ketik Rakam, rakamkan mesej, ketik Henti, kemudian ketik Hantar.
Hantar mesej dengan emoji atau teks: Masukkan mesej, kemudian ketik Hantar.
Jika anda mengaktifkan Tunjukkan Lencana Pemberitahuan dan orang yang menggunakan Akses Bantu menerima mesej daripada kenalan yang mereka dibenarkan untuk balas mesej, Skrin Kunci dan app Mesej menunjukkan ikon pemberitahuan. Untuk melihat orang yang menghantar mesej, pergi ke app Mesej. Jika mesej bukan daripada kenalan kegemaran, ketik Terbaru.
Pada sebarang skrin dalam Akses Bantu, orang yang menggunakan Akses Bantu sentiasa boleh mengetik Balik untuk kembali ke skrin sebelumnya.