Sediakan Akses Bantu dengan ciri kebolehcapaian lain untuk iPhone
Akses Bantu pada iPhone berfungsi dengan ciri kebolehcapaian iOS lain, termasuk yang disenaraikan di bawah.
Ciri | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
AssistiveTouch | Sesuaikan skrin sentuh anda untuk memenuhi keperluan anda—jika sesetengah gerak isyarat tidak sesuai untuk anda, gantikannya dengan ketik atau gerak isyarat lain. Anda juga boleh menggunakan ketik atas skrin apabila anda perlu menekan butang iPhone. Lihat Gunakan AssistiveTouch dalam Panduan Pengguna iPhone. | ||||||||||
Pembesar | Zum masuk pada teks dan objek berhampiran dengan app Pembesar (dioptimumkan untuk Akses Bantu). Lihat Gunakan iPhone seperti kanta pembesar dengan Akses Bantu. | ||||||||||
Kawalan Suis | Berinteraksi dengan iPhone dengan mengaktifkan suis, seperti menekan butang pada peranti adaptif luaran. Lihat Sediakan dan aktifkan Kawalan Suis dalam Panduan Pengguna iPhone. | ||||||||||
VoiceOver | Gunakan pembaca skrin terbina dalam untuk berinteraksi dengan iPhone walaupun jika anda tidak boleh melihat skrin. Lihat Aktifkan dan berlatih menggunakan VoiceOver dalam Panduan Pengguna iPhone. | ||||||||||
Kawalan Suara | Berinteraksi dengan iPhone menggunakan hanya suara anda. Lihat Gunakan Kawalan Suara untuk berinteraksi dengan iPhone dalam Panduan Pengguna iPhone. |
Akses Bantu berfungsi dengan kebanyakan ciri kebolehcapaian tambahan yang menyokong penglihatan, pendengaran, pertuturan serta keperluan fizikal dan motor. Untuk mengetahui cara menyediakan dan menggunakan ciri kebolehcapaian lain, lihat Bermula dengan ciri kebolehcapaian dalam Panduan Pengguna iPhone.
Untuk mendapatkan lebih banyak sumber, lawati Tapak web Sokongan Kebolehcapaian Apple.