Cipta aliran kerja menggunakan fail yang dipilih
Jika anda mencipta banyak aliran kerja, anda boleh set keutamaan papan kekunci untuk membenarkan anda mencipta aliran kerja dengan cepat daripada fail yang dipilih menggunakan menu pintasan.
Untuk mencipta aliran kerja dengan cara ini, anda perlu tambah perintah ke menu pintasan Finder dahulu menggunakan keutamaan Papan Kekunci.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Papan Kekunci, kemudian klik Pintasan.
Dalam lajur pertama, klik Perkhidmatan.
Dalam anak tetingkap kanan di bawah Pembangunan, pilih Cipta Aliran Kerja.
Dalam Finder, pilih fail yang anda ingin gunakan dalam aliran kerja anda.
Tekan terus kekunci Control, klik satu daripada fail yang dipilih untuk menunjukkan menu pintasan kemudian pilih Automator > Cipta Aliran Kerja.
Aliran kerja baru dicipta di Automator dan fail yang dipilih ditentukan dalam tindakan yang pertama.