Bantuan Automator

Selamat Datang ke Automator

Automasi tugas yang anda lakukan pada Mac anda—walaupun anda tidak tahu sebarang pemprograman—dengan menggunakan tindakan terbina dalam untuk mencipta aliran kerja.

Tetingkap Automator menunjukkan tindakan Aktifkan Fon dipilih dan aliran kerja kosong.
Aliran kerja Automator dengan empat tindakan.

Biarkan Mac anda melakukan tugas berulang untuk anda

Adakah anda perlu melakukan perubahan yang sama pada berbilang fail, seperti menukar nama fail atau menyalin dan mensaiz semula imej? Bagaimana dengan mengarkibkan atau menyandarkan fail penting anda? Jika demikian, anda boleh mencipta aliran kerja tersuai, menambah tindakan yang anda mahu dan buatkan Mac anda bekerja untuk anda. Untuk mencipta aliran kerja baru, pilih Fail > Baru, klik Aliran Kerja, kemudian klik Pilih.

Tetingkap Automator dengan tindakan Jalankan AppleScript.

Skripkan tindakan anda sendiri

Jika tugas yang anda perlu automasikan tidak berada di dalam senarai tindakan terbina dalam, anda boleh menambah skrip anda sendiri, seperti skrip AppleScript dan JavaScript dan perintah cangkerang pada aliran kerja anda. Hanya tambah tindakan jalankan skrip yang sesuai ke aliran kerja anda dan masukkan kod skrip atau perintah cangkerang anda.

Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.