Padam buku atau buku audio daripada Mac anda dalam Buku
Apabila anda mengeluarkan buku, buku audio, atau PDF daripada pustaka anda, ia tidak lagi disimpan pada Mac anda.
Dalam app Buku pada Mac anda, klik Semua (atau koleksi lain) dalam bar sisi.
Klik item yang anda mahu padam atau keluarkan. Jika item adalah sebahagian daripada siri, buka siri terlebih dahulu, kemudian klik item.
Pilih Edit > Padam daripada bar menu, kemudian pilih pilihan. Pilihan mungkin termasuk:
Keluarkan daripada Sedang Dibaca: Keluarkan item daripada koleksi Sedang Dibaca.
Keluarkan Muat Turun: Jika anda mendaftar masuk dengan Apple ID, anda boleh mengeluarkan muat turun daripada pustaka anda pada Mac. Buku, buku audio, atau PDF mungkin masih kelihatan.
Sembunyikan Buku: Jika anda mendaftar masuk dengan Apple ID, anda boleh menyembunyikan item supaya item tidak kelihatan langsung dalam pustaka anda pada sebarang peranti. Lihat Sembunyikan dan nyahsembunyikan buku dan buku audio yang dibeli.
Padam: Jika anda tidak mendaftar masuk dengan Apple ID, anda boleh memadamkan muat turun daripada pustaka anda pada Mac. Buku, buku audio, atau PDF tidak lagi kelihatan.
Item yang anda beli daripada Kedai Buku atau Kedai Buku Audio masih berada dalam iCloud, walaupun anda mengeluarkan item daripada Mac anda. Buku yang dibeli muncul dalam pustaka anda dengan ikon status iCloud . Anda boleh memuat turun buku dan buku audio dibeli lagi.