Padam buku atau buku audio daripada Mac anda dalam Buku
Apabila anda mengeluarkan atau memadamkan buku, buku audio atau PDF daripada pustaka anda, ia tidak lagi disimpan pada Mac anda.
Keluarkan buku daripada koleksi
Pergi ke app Buku pada Mac anda.
Klik Semua (atau koleksi lain) dalam bar sisi.
Jika item yang anda mahu keluarkan ialah sebahagian daripada siri, buka siri tersebut.
Klik , klik Keluarkan, kemudian pilih pilihan. Pilihan mungkin termasuk:
Keluarkan daripada Koleksi: Mengeluarkan item daripada koleksi yang dipilih pada masa ini.
Keluarkan daripada Ingin Baca: Mengeluarkan item daripada koleksi Ingin Baca.
Keluarkan Muat Turun: Jika anda mendaftar masuk ke Akaun Apple, anda boleh mengeluarkan muat turun daripada pustaka anda pada Mac. Buku, buku audio, atau PDF mungkin masih kelihatan.
Nota: Item yang anda beli daripada Kedai Buku atau Kedai Buku Audio masih disimpan dalam iCloud, walaupun anda mengeluarkan item daripada Mac anda. Item kelihatan dalam pustaka anda dengan ikon status iCloud . Anda boleh memuat turun buku dan buku audio dibeli lagi.
Sembunyikan Buku: Jika anda mendaftar masuk ke Akaun Apple, anda boleh menyembunyikan item dibeli supaya item tidak kelihatan langsung dalam pustaka anda pada sebarang peranti. Lihat Sembunyikan dan nyahsembunyikan buku dan buku audio yang dibeli.
Keluarkan di Semua Tempat: Jika anda mendaftar masuk ke Akaun Apple, anda boleh memadamkan sampel dan buku yang belum dibeli daripada koleksi Ingin Baca anda pada semua peranti yang didaftar masuk ke Akaun Apple anda dan daripada pustaka anda pada Mac. Buku, buku audio, atau PDF tidak lagi kelihatan.
Padam: Jika anda tidak mendaftar masuk ke Akaun Apple, anda boleh memadamkan muat turun daripada pustaka anda pada Mac. Buku, buku audio, atau PDF tidak lagi kelihatan.
Keluarkan buku secara automatik
Anda boleh memilih sama ada untuk mengeluarkan buku, buku audio atau PDF yang dimuat turun apabila anda menyelesaikannya secara automatik.
Pergi ke app Buku pada Mac anda.
Klik koleksi di bawah Pustaka dalam bar sisi.
Klik , pilih Keluarkan Muat Turun, kemudian pilih satu daripada berikut:
Automatik Apabila Selesai: Buku dan buku audio yang selesai dibaca dikeluarkan daripada koleksi ini secara automatik.
Secara Manual: Buku dan buku audio yang selesai dibaca kekal dalam koleksi ini sehingga anda mengeluarkannya.
Keluarkan buku daripada tab Laman Utama
Pergi ke app Buku pada Mac anda.
Klik Laman Utama dalam bar sisi.
Alihkan penuding ke atas tajuk, klik , kemudian pilih salah satu daripada berikut:
Keluarkan daripada Teruskan: Mengeluarkan item daripada bahagian Teruskan, tetapi ia kekal dalam pustaka anda.
Keluarkan: Pilih Keluarkan Muat Turun atau Sembunyikan Buku dalam dialog yang kelihatan.