Cipta koleksi dalam Buku pada Mac
Anda boleh mengatur item dalam pustaka anda dengan mengumpulkan item dalam koleksi tersuai. Koleksi tersuai boleh menyertakan buku, buku audio dan PDF.
Cipta koleksi tersuai
Dalam app Buku pada Mac anda, pilih Fail > Koleksi Baru.
Taipkan nama untuk koleksi anda.
Tambah buku dan buku audio ke koleksi tersuai
Dalam app Buku pada Mac anda, klik Semua Buku dalam bar sisi.
Pilih satu atau lebih item, kemudian seretnya ke sebarang koleksi tersuai dalam bar sisi.
Anda juga boleh Control-klik buku, pilih Tambah ke Koleksi, kemudian pilih koleksi.
Namakan semula koleksi tersuai
Dalam app Buku pada Mac anda, Control-klik koleksi dalam bar sisi, pilih Namakan Semula Koleksi, kemudian masukkan nama baru.
Padam koleksi yang telah anda cipta
Dalam app Buku pada Mac anda, Control-klik koleksi dalam bar sisi, kemudian pilih Padam Koleksi.
Memadam koleksi tidak memadamkan buku atau buku audio dalam koleksi; buku masih berada dalam Semua Buku.