Susun dengan koleksi dalam Buku pada Mac
Anda boleh melihat buku, buku audio, PDF dan sampel anda dalam koleksi dalam bar sisi. Anda juga boleh menyusun item dalam pustaka anda dengan menambah item ke koleksi Ingin Baca atau Selesai anda.
Lihat koleksi anda
Untuk melihat koleksi, klik namanya dalam bar sisi. Pustaka anda disertakan dengan koleksi ini:
Semua: Menunjukkan semua buku, buku audio dan PDF dalam pustaka anda.
Ingin Baca: Menunjukkan buku, buku audio, atau PDF yang anda mahu baca. Anda mesti menambah item ke koleksi ini.
Selesai: Menunjukkan garis masa buku yang anda telah baca dan buku audio yang anda telah dengar. Buku dan buku audio ditambah secara automatik ke koleksi ini apabila anda sampai ke penghujungnya. Anda juga boleh menambah ke koleksi ini secara manual.
Buku, Buku Audio, PDF, atau Sampel Saya: Menunjukkan hanya satu jenis item dalam pustaka anda.
Anda juga boleh mencipta koleksi tersuai.
Tambah buku ke koleksi Ingin Baca anda
Dalam app Buku pada Mac anda, cari buku atau buku audio yang anda mahu baca, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Daripada pustaka anda: Klik butang Lagi di bawah item, kemudian klik Tambah ke Ingin Baca.
Daripada Kedai Buku atau Kedai Buku Audio: Pilih item, kemudian klik Ingin Baca.
Tambah buku ke koleksi Selesai anda
Dalam app Buku pada Mac anda, cari buku atau buku audio yang anda telah selesai membaca, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Daripada koleksi: Apabila anda sampai ke hujung buku atau buku audio, ia ditambahkan ke koleksi Selesai anda. Anda juga boleh memilih item, klik butang Lagi untuk item, kemudian klik Tanda sebagai Selesai. Untuk mengeluarkan item daripada koleksi Selesai, klik butang Lagi , kemudian klik Tanda Masih Membaca.
Daripada Kedai Buku atau Kedai Buku Audio: Pilih item, klik butang Lagi , kemudian klik Tanda sebagai Selesai. Untuk menyahtanda item sebagai selesai, klik butang Lagi , kemudian klik Tanda Masih Membaca.
Anda boleh melihat tarikh anda menyelesaikan buku atau buku audio dengan melihat koleksi Selesai. Untuk menukar tarikh, anda boleh mengklik butang Lagi untuk item, kemudian pilih Edit Tarikh Selesai.