Serlahkan dan tambah nota dalam Buku pada Mac
Mudah sahaja untuk menyerlahkan teks atau tambah nota apabila anda membaca buku yang menyokong ciri tersebut. Anda boleh melihat semua serlahan dan nota anda pada bila-bila masa dan menggunakannya sebagai kad belajar (atau imbas).
Nota: Penyerlahan dan nota mungkin tidak tersedia untuk semua jenis buku.
Tambah serlahan atau nota ke buku
Dalam app Buku pada Mac anda, klik Buku dalam bar sisi, kemudian dwiklik buku.
Pilih teks.
Dalam menu timbul, pilih warna, garis bawah, atau Tambah Nota.
Untuk menukar warna serlahan atau mengeluarkan serlahan atau nota, klik teks.
Petua: Tekan dan tahan kekunci Command semasa anda memilih teks untuk menyerlahkannya dengan warna yang terakhir anda guna.
Lihat semua serlahan dan nota dalam buku
Dalam app Buku pada Mac anda, klik Buku dalam bar sisi, kemudian dwiklik buku.
Gerakkan penuding ke bahagian atas buku, kemudian klik butang Nota dalam bar alat. Untuk sesetengah buku, anda juga boleh memilih Paparan > Tunjukkan Nota dalam Margin.
Jika anda tidak melihat serlahan atau nota yang dijangkakan dalam panel Nota, klik di bahagian atas panel untuk mencarinya.
Klik nombor halaman bersebelahan serlahan atau nota untuk melompat ke halaman tersebut.
Untuk memadam serlahan atau nota, pilih teks, kemudian pilih Keluarkan Serlahan, Keluarkan Nota, atau Keluarkan Serlahan & Nota.