Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Gunakan kad belajar dalam Buku pada Mac
Dalam sesetengah buku interaktif, serlahan dan nota yang anda tambah tersedia sebagai kad belajar yang anda boleh gunakan untuk menguji diri anda. Jika buku mempunyai istilah glosari, ia juga tersedia sebagai kad belajar.
Pergi ke app Buku pada Mac anda.
Klik Buku (atau koleksi lain) dalam bar sisi.
Dwiklik buku interaktif di tempat yang anda tambahkan serlahan atau nota.
Klik dalam bar alat, kemudian klik . Anda juga boleh memiilih Paparan > Tunjukkan Kad Belajar.
Bergerak menerusi kad dengan meleret merentas trackpad atau menekan bar Space.
Klik kad untuk melihat nota yang anda tambah untuk teks diserlahkan atau sebarang istilah glosari.