Dengar buku audio dalam Buku pada Mac
Anda boleh mendengar buku audio pada Mac anda.
Nota: Untuk mendapatkan maklumat tentang mendengar buku audio pada iPhone, iPad, iPod touch, atau Apple Watch anda, lihat panduan pengguna untuk peranti anda.
Dalam app Buku pada Mac anda, klik Buku Audio dalam bar sisi untuk melihat buku audio yang anda muat turun ke pustaka anda.
Nota: Untuk mendapatkan lebih buku audio, beli di Kedai Buku Audio.
Layari atau cari buku audio, kemudian dwiklik buku audio yang anda mahu dengar.
Apabila anda mula mendengar, pemain buku audio muncul di bahagian atas tetingkap.
Untuk mengawal main balik, lakukan mana-mana yang berikut dalam pemain buku audio:
Tukar kelajuan suara pertuturan: Klik butang Kelajuan Main Balik untuk menukar kelajuan. Kelajuan paling cepat ialah 2x dan paling lambat ialah 0.75x.
Langkau ke depan atau ke belakang dalam tokokan 15 saat: Klik butang Langkau ke Depan atau butang Langkau ke Belakang .
Setkan pemasa tidur: Klik butang Pemasa Tidur , kemudian pilih masa anda mahu buku audio berhenti dimainkan.
Pergi terus ke bab tertentu: Klik Senarai Kandungan , kemudian pilih bab yang anda mahu.