
Sekat akses ke buku dengan kandungan eksplisit dalam Buku pada Mac
Anda boleh mengesetkan keutamaan dalam Buku untuk menghalang orang yang menggunakan Mac anda daripada mengakses Kedai Buku dan daripada mendapatkan buku dengan kandungan eksplisit. Jika anda menyediakan Perkongsian Keluarga, anda boleh mengaktifkan Minta untuk Beli supaya anda diminta meluluskan pembelian untuk ahli keluarga tertentu.
Kawal akses ke Kedai Buku dan kandungan eksplisit
Dalam app Buku
pada Mac anda, pilih Buku > Keutamaan, kemudian klik Ibu Bapa.
Klik ikon kunci
, kemudian masukkan nama pentadbir dan kata laluan komputer anda.
Pilih mana-mana daripada berikut:
Nyahdayakan Kedai Buku: Sesiapa sahaja yang menggunakan Mac anda boleh melihat pustaka anda, tetapi tidak boleh membuka Kedai Buku.
Sekat buku dengan kandungan eksplisit: Sesiapa sahaja yang menggunakan Mac anda boleh melihat tajuk buku eksplisit dalam pustaka anda atau Kedai Buku, tetapi tidak boleh mengakses atau melihat perihalan buku tersebut.
Apabila anda selesai, klik kunci semula.
Aktifkan Minta untuk Beli
Minta untuk Beli diaktifkan secara lalai untuk kanak-kanak di bawah 13 tahun dan boleh diaktifkan bagi ahli keluarga di bawah 18 tahun. (Had umur tertentu mungkin berbeza dalam negara atau rantau yang berlainan.) Lihat Sediakan Perkongsian Keluarga.
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Keutamaan Sistem, kemudian klik iCloud.
Klik Mengurus Keluarga.
Pilih ahli keluarga di sebelah kiri, kemudian aktifkan Minta untuk Beli di sebelah kanan.
Anda juga boleh mengawal akses ke Kedai Buku dan kandungan eksplisit menggunakan keutamaan Kawalan Ibu Bapa.