macOS Sequoia 15
Masukkan ungkapan menggunakan Tatatanda Polska Songsang (RPN) dalam Kalkulator pada Mac
Anda boleh memasukkan persamaan kompleks menggunakan Tatatanda Polska Songsang (RPN) dalam kalkulator Asas atau Saintifik.
Pergi ke app Kalkulator pada Mac anda.
Lakukan satu daripada berikut:
Pilih Paparan > Mod RPN dalam bar menu.
Jika RPN tidak tersedia, pilih Asas atau Saintifik, kemudian pilih RPN.
Tekan Command-R.
Tindanan dipaparkan dalam paparan Kalkulator, kekunci Tanda Sama (=) menjadi kekunci Enter dan empat kekunci muncul untuk mengendalikan nombor pada tindanan.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Saling tukar dua nombor bawah pada tindanan: Klik .
Putarkan kandungan tindanan ke atas atau ke bawah: Klik atau .
Keluarkan nombor yang di bawah daripada tindanan: Klik kekunci Gugur.