Panduan Pengguna Catur
untuk macOS Mojave
Untuk mencabar Mac anda atau orang lain dengan permainan catur, pilih Permainan > Baru.
Petua: Apabila anda memulakan permainan baru, anda boleh tahan penuding di atas item dalam menu timbul untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang pilihan permainan dan pemain.
Dalam app Catur pada Mac anda, lakukan mana-mana daripada berikut:
Main perlawanan dalam talian: Daftar masuk ke Game Center, pilih Permainan > Baru, klik menu timbul Pemain, kemudian pilih Perlawanan Game Center.
Dapatkan petunjuk: Pilih Gerakan > Paparkan Petunjuk. Anak panah menunjuk ke arah di mana anda harus menggerakkan buah catur. Jika tahap kesukaran disetkan kepada Lebih Laju, petunjuk tidak disediakan.
Ambil kembali langkah: Pilih Langkah > Ambil Kembali Langkah untuk setiap langkah yang anda mahu buat asal.
Lihat langkah: Pilih Langkah > Tunjukkan Langkah Terakhir; anak panah menunjukkan dari petak asal buah catur hingga ke petak barunya. Untuk melihat semua langkah yang dibuat semasa permainan, pilih Langkah > Log Permainan.
Tukar penampilan permainan: Pilih Catur > Keutamaan, kemudian pilih gaya untuk papan dan buah catur.
Setkan tahap kesukaran: Pilih Catur > Keutamaan, kemudian seret gelangsar ke arah Lebih Laju atau Lebih Kuat untuk mengurangkan atau meningkatkan kesukaran atau kelajuan (tidak tersedia apabila anda bermain dengan orang lain).
Dengarkan langkah disebut: Pilih Catur > Keutamaan, pilih petak kotak untuk langkah yang anda mahu dengarkan, kemudian pilih suara.
Ubah sudut paparan papan: Klik dan tahan sebarang sudut papan, kemudian laraskan sudut paparan menggunakan tetikus atau trackpad anda.
Gunakan perintah yang disebutkan: Untuk menggunakan perintah yang disebutkan, mula-mula anda mesti aktifkan Perencanaan Dipertingkatkan, kemudian pilih Catur > Keutamaan dan pilih Izinkan Pemain Sebut Langkah. Apabila tetingkap Perencanaan muncul, tekan kekunci pintasan (kekunci yang anda pilih apabila anda dayakan Perencanaan Dipertingkatkan) dan sebutkan perintah; cuba jangan teragak-agak semasa bercakap.
Anda boleh menggunakan perintah yang disebutkan untuk tindakan yang berikut:
Tindakan
Contoh perintah yang disebutkan
Gerakkan buah catur
“Bidak e2 ke e4”
Tangkap buah catur
“Bidak e5 ambil f6”
Letak buah catur
“Letak gajah di g4” (hanya untuk permainan crazyhouse)
Naikkan pangkat bidak
“Bidak e7 ke e8 naikkan pangkat kepada ratu”
Tir
“Tir sebelah raja” atau “Tir sebelah ratu”
Ambil kembali langkah
“Ambil kembali langkah”