Rakam dengan Memoji dalam Clips
Memoji ialah animasi tersuai yang menggunakan suara anda dan mencerminkan ekspresi wajah anda. Dengan iPhone atau iPad Pro yang serasi, anda boleh merakam klip dengan Memoji. Jika anda telah mencipta watak Memoji yang diperibadikan dalam app Mesej, anda boleh memilih watak dalam Clips. Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan Memoji pada iPhone atau iPad Pro anda.
Penting: Untuk menggunakan Memoji, anda mesti mempunyai iPhone X atau lebih baharu, atau iPad Pro 11 inci atau iPad Pro 12.9 inci (generasi ke-3) atau lebih baharu. Ketahui jika peranti anda serasi.
Pilih Memoji
Memoji berfungsi dengan kamera menghadap depan pada peranti anda. Untuk bertukar antara kamera menghadap depan dan kamera belakang, ketik .
Dengan video dibuka dalam app Clips , ketik , kemudian ketik .
Leret untuk memilih Memoji, kemudian ketik di bawah pemapar.
Apabila anda merakam klip atau mengambil foto, Memoji ditambah, menggunakan suara anda dan mencerminkan ekspresi wajah anda.
Tukar atau keluarkan Memoji
Selepas anda merakam klip dengan Memoji, anda boleh menggantikan Memoji dengan yang lain, atau mengeluarkan Memoji. Anda juga boleh menambah Memoji pada klip kemudian, jika anda merakam klip dengan kamera menghadap depan pada peranti yang serasi.
Dengan video dibuka dalam app Clips , ketik klip dengan Memoji yang anda mahu tukar atau keluarkan, atau ketik klip yang anda mahu tambahkan Memoji.
Ketik , ketik , kemudian leret untuk memilih Memoji yang berbeza.
Untuk mengeluarkan Memoji, pilih Tiada.
Ketik di bawah pemapar.