Simpan dan padam klip dalam Clips
Anda boleh menyimpan salinan klip pada pustaka anda, yang berguna jika anda merakam klip terus ke dalam video anda dan mahu klip tersedia untuk video lain. Anda juga boleh memadamkan klip dalam video anda.
Selepas anda memilih klip dalam video anda, leret ke kiri dan kanan untuk melihat alat yang anda boleh gunakan untuk mengedit klip.
Simpan salinan klip ke pustaka anda
Dengan video dibuka dalam app Clips , ketik klip.
Ketik Simpan Klip .
Klip disimpan pada album Clips dalam pustaka anda.
Nota: Clips yang disalin ke pustaka anda disimpan tanpa penapis atau grafik. Untuk menyimpan klip atau foto dengan item yang anda telah tambah, lihat Simpan video dengan kesan.
Padamkan klip
Dengan video dibuka dalam app Clips , ketik klip.
Ketik Padam .
Ketik Padam untuk mengesahkannya.