Buat video dalam Clips
Mudah sahaja untuk mula menggunakan Clips. Cipta projek baru dan tambah klip video serta foto daripada pustaka anda, atau ambil foto dan rakam video terus ke dalam projek anda. Anda boleh merakam alih suara pada masa yang sama anda menambah klip dan foto—serta tambah tajuk yang diselaraskan dengan suara anda.
Cipta projek video baru
Dalam app Clips , ketik di bahagian kiri atas.
Ketik Cipta Baru .
Setkan nisbah aspek klip
Anda boleh mengesetkan nisbah aspek klip (nisbah lebar imej berbanding tingginya) sebelum anda merakamnya. Secara lalai, klik dirakam dalam nisbah aspek 16:9 pada iPhone dan nisbah aspek 4:3 pada iPad.
Dengan projek dibuka dalam app Clips , ketik di bahagian kanan atas.
Ketik 16:9, 4:3, atau Segi Empat.
Rakam klip atau ambil foto
Dalam app Clips , ketik Kamera.
Untuk bertukar antara kamera menghadap depan dan kamera belakang, ketik .
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Rakam klip video: Sentuh dan tahan butang Rakam merah.
Untuk merakam secara berterusan, leret ke kiri, kemudian ketik butang Rakam untuk menghentikan rakaman.
Ambil foto: Ketik butang Pengatup, kemudian sentuh dan tahan butang Rakam untuk jumlah masa yang anda mahu foto muncul dalam video anda.
Tambah foto atau klip daripada pustaka anda
Dalam app Clips , ketik , kemudian ketik Foto.
Untuk menavigasi ke folder dan album lain, ketik .
Ketik foto atau klip, kemudian ketik Selesai.
Sentuh dan tahan butang Rakam untuk jumlah masa yang anda mahukan foto atau klip muncul.
Salin imej daripada halaman web
Anda boleh menyalin dan menampal imej JPEG, PNG, atau TIFF daripada halaman web dalam Safari.
Dalam Safari, sentuh dan tahan imej, kemudian ketik Salin.
Dengan projek dibuka dalam app Clips , sentuh dan tahan imej dalam pemapar, kemudian ketik Tampal.
Sentuh dan tahan butang Rakam untuk jumlah masa yang anda mahukan imej muncul.
Gunakan imej hanya dengan keizinan.
Tambah alih suara semasa merakam
Dalam app Clips , sebut semasa anda merakam.
Untuk mencipta tajuk beranimasi dengan suara anda, lihat Tambah Tajuk Langsung.
Petua: Semasa merakam foto, klip atau foto daripada pustaka anda, atau imej daripada halaman web, anda boleh seret untuk menyorot dan cubit untuk zum masuk atau keluar.