Tambah poster dalam Clips
Poster ialah skrin tajuk yang anda boleh tambahkan ke video anda. Sesetengah poster menampilkan animasi.
Nota: Sesetengah poster mungkin memerlukan sambungan internet.
Tambah poster
Dengan video dibuka dalam app Clips , ketik , kemudian ketik Poster.
Jika anda tidak melihat , ketik Selesai atau ketik .
Sentuh dan tahan poster untuk mempratonton animasi, jika ada, kemudian ketik poster yang anda mahu gunakan.
Sentuh dan tahan butang Rakam untuk jumlah masa yang anda mahukan poster muncul.
Edit teks poster dalam video anda
Dengan video dibuka dalam app Clips , ketik klip poster dalam video anda.
Ketik teks untuk mengeditnya, kemudian ketik Guna di bahagian kanan atas.
Nota: Bukan semua teks poster boleh diedit.
Keluarkan poster
Dengan video dibuka dalam app Clips , ketik klip poster dalam video anda.
Ketik , kemudian ketik Padam untuk sahkan.