Tambah poster dalam Clips
Poster ialah skrin tajuk beranimasi yang anda boleh tambahkan ke video anda.
Nota: Sesetengah poster mungkin memerlukan sambungan internet.
Tambah poster
Dengan projek dibuka dalam app Clips , ketik Poster.
Jika anda tidak melihat Poster, ketik Selesai atau ketik X.
Ketik imej kecil poster.
Untuk menukar teks poster, ketik teks untuk mengeditnya, kemudian ketik Guna di bahagian kanan atas. (Bukan semua teks poster boleh diedit.)
Sentuh dan tahan butang Rakam untuk jumlah masa yang anda mahukan poster muncul.
3D Touch. Tekan imej kecil poster untuk mempratonton animasi.
Edit teks poster dalam video anda
Dengan projek dibuka dalam app Clips , ketik klip poster dalam video anda.
Ketik teks untuk mengeditnya, kemudian ketik Guna di bahagian kanan atas.
Nota: Bukan semua teks poster boleh diedit.
Keluarkan poster
Dengan projek dibuka dalam app Clips , ketik klip poster dalam video anda.
Ketik , kemudian ketik Padam untuk sahkan.