Bekerja dengan projek dalam Clips
Anda boleh melayari projek video anda dan membukanya untuk melakukan perubahan. Anda juga boleh menduplikasi, menamakan semula dan memadam projek.
Buka projek video
Dalam app Clips , ketik di bahagian kiri atas.
Jika projek telah dibuka dan anda tidak melihat , ketik Selesai atau ketik .
Dwiketik projek yang anda mahu buka.
Duplikasi projek video
Dalam app Clips , ketik di bahagian kiri atas.
Jika projek telah dibuka dan anda tidak melihat , ketik Selesai atau ketik .
Ketik projek, kemudian ketik di bahagian kanan atas.
Ketik Duplikasi.
Namakan semula projek video
Dalam app Clips , ketik di bahagian kiri atas.
Jika projek telah dibuka dan anda tidak melihat , ketik Selesai atau ketik .
Ketik projek, kemudian ketik di bahagian kanan atas.
Ketik Nama Semula, kemudian taipkan nama baru untuk projek anda.
Ketik Simpan.
Padam projek video
Dalam app Clips , ketik di bahagian kiri atas.
Jika projek telah dibuka dan anda tidak melihat , ketik Selesai atau ketik .
Ketik projek, kemudian ketik di bahagian kanan atas.
Ketik Padam, kemudian ketik Padam Projek untuk sahkan.
Jika iCloud disediakan pada peranti anda, projek anda juga akan disimpan dalam iCloud dan anda boleh mengaksesnya menggunakan Clips pada sebarang iPhone atau iPad yang anda telah daftar masuk dengan Apple ID yang sama. Ketik , kemudian ketik projek. Projek dimuat turun secara automatik supaya anda boleh memainkan atau mengeditnya.