Abadikan detik
Sungguh mudah untuk mulakan—hanya sentuh dan tahan butang Rakam merah. Anda boleh merakam video, atau mengambil bingkai pegun dan zum masuk untuk melihat dengan lebih dekat. Anda juga boleh mendapatkan klip atau foto daripada pustaka anda dengan cepat.
Ubah dunia anda
Suasana Swafoto membuatkan Clips lebih menyeronokkan. Asyikkan diri anda dalam landskap, set filem dan seni abstrak yang dianimasikan dengan cantik. Setiap suasana ialah satu pengalaman 360 darjah sepenuhnya, jadi tidak kira cara anda menggerakkan peranti anda, suasana mengelilingi anda di semua sisi.
Ungkapkan idea anda
Tambah Tajuk Langsung beranimasi dengan suara anda. Semasa anda bercakap, kapsyen muncul pada video—dimasakan dengan sempurna ke alih suara anda. Anda boleh memasukkan rakaman suara anda bersama dengan Tajuk Langsung, atau anda boleh senyapkan suara anda.
Beranimasi
Ekspresikan diri anda dengan Animoji—watak animasi yang menggunakan suara anda dan mencerminkan ekspresi wajah anda. Pilih haiwan atau watak kegemaran, atau gunakan Memoji diperibadikan yang anda cipta dalam Mesej.
Jadi terkenal
Sedia untuk menunjukkan karya agung mini anda? Clips membuat cadangan untuk perkongsian. Anda juga boleh berkongsi terus ke Instagram, YouTube dan banyak lagi.
Untuk melayari Panduan Pengguna Clips, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman.