Tambah orang dan syarikat kepada Kenalan pada Mac
Tambah orang dan syarikat ke senarai kenalan anda, dengan maklumat seperti alamat, nombor telefon, atau alamat e-mel mereka. Anda juga boleh memasukkan hari lahir, nota dan gambar.
Petua: Anda boleh mengimport kenalan daripada fail, atau tambahnya daripada app lain—sebagai contoh, tambah kenalan daripada e-mel yang anda terima.
Nota: Jika anda menggunakan lebih daripada satu akaun dalam Kenalan, kenalan baharu ditambah ke akaun lalai yang anda pilih dalam seting Umum Kenalan.
Dalam app Kenalan pada Mac anda, klik butang Tambah di bahagian bawah tetingkap, kemudian pilih Kenalan Baru (atau gunakan Touch Bar).
Untuk memasukkan maklumat kenalan, klik teks kelabu bersebelahan label medan.
Anda tidak perlu mengisi dalam setiap medan—medan kosong tidak muncul dalam kad kenalan.
Tambah syarikat: Klik kotak semak Syarikat. Anda juga boleh masukkan orang untuk dihubungi syarikat dalam medan nama Pertama dan Akhir di bawah medan nama Syarikat.
Tambah nombor telefon antarabangsa: Masukkan tanda tambah (+), kod negara dan nombor telefon.
Petua: Jika anda kerap melancong ke negara atau rantau lain, jadikannya lebih mudah untuk memanggil keluarga dan rakan anda di rumah dengan menambah tanda tambah (+) dan kod negara anda ke nombor telefon mereka dalam Kenalan.
Sertakan sambungan nombor telefon: Selepas nombor telefon, masukkan koma bertitik (;), kemudian nombor sambungan.
Untuk menambah gambar, klik bulatan di sebelah nama kenalan.
Klik Selesai untuk menyimpan perubahan.
Nota: Jika anda menggunakan akaun Exchange, kad kenalan hanya boleh memasukkan tiga alamat e-mel dan terdapat had pada bilangan nombor telefon, nama, alamat mesej dan alamat rumah.
Apabila anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama pada setiap peranti anda dan mengaktifkan Kenalan dalam seting iCloud, kenalan anda tersedia pada semua peranti anda dan perubahan yang anda lakukan kepada kenalan pada satu peranti kelihatan pada peranti lain.