Apakah pengerahan pendidikan?
Pengerahan pendidikan ialah proses yang pengurus teknologi dan pentadbir teknikal ikuti untuk mengerah peranti Apple secara berjaya—daripada mengerahkan peranti dikongsi di bilik darjah individu ke pengerahan peranti satu ke satu di seluruh daerah.
Nota: Panduan ini fokus pada K-12 dan organisasi pendidikan tinggi di Amerika Syarikat. Bukan semua ciri dan perkhidmatan tersedia di semua negara atau rantau yang lain.
Takrifkan skop projek anda
Sedia untuk pengerahan
Sediakan Apple School Manager untuk menyediakan cara cepat yang diperkemas bagi anda mengerahkan peranti Apple yang telah dibeli oleh organisasi anda.
Gunakan Apple School Manager membantu menyepadukan iPad dan Mac ke dalam persekitaran anda dan memperkemas pengerahan anda.
Gunakan Apple School Manager untuk dipautkan ke penyelesaian pengurusan peranti mudah alih (MDM) anda.
Jika anda mempunyai Sistem Maklumat Pelajar (SIS) atau Penyedia Identiti (IdP), pautkannya ke Apple School Manager.
Dayakan pasukan anda
Sokong guru anda dengan sumber pembangunan profesional supaya mereka boleh memanfaatkan sepenuhnya iPad, Mac dan berikan pelbagai jenis app serta bahan kepada mereka.
Kerah peranti dan kandungan
Konfigurasi peranti dengan seting, pengehadan dan kandungan dengan penyelesaian MDM anda.
Benarkan berbilang pelajar menggunakan iPad yang sama dalam bilik darjah.
Edarkan peranti kepada pekerja, guru dan pelajar atau bilik darjah.
Sokong bilik darjah dinamik dan interaktif dengan menstrim kandungan menggunakan AirPlay dan Apple TV.
Sediakan alat pengajaran dan pembelajaran
Gunakan app Bilik Darjah dan Schoolwork untuk menjimatkan masa arahan dan untuk memberikan cerapan yang berharga kepada guru tentang kemajuan setiap pelajar.
Bantu guru membawa pengekodan dan kemahiran kreatif teras ke setiap subjek dengan kurikulum Semua Orang Boleh Kod dan Semua Orang Boleh Cipta.