
Patuhi undang-undang privasi
Apabila anda mengerahkan peranti, perkhidmatan dan app untuk pendidikan, anda mesti mematuhi undang-undang dan peraturan privasi berkenaan. Ini termasuk Family Educational Rights and Privacy Act (FERPA) dan Children‘s Online Privacy Protection Act (COPPA) di Amerika Syarikat dan General Data Privacy Regulation (GDPR) di Kesatuan Eropah.
Sekolah boleh menggunakan ciri dan perkhidmatan Apple untuk pendidikan dengan mematuhi kewajipan tersebut di bawah COPPA dan FERPA di Amerika Syarikat serta undang-undang privasi data berkenaan yang lain dalam bidang kuasa tersebut yang Apple School Manager tersedia.
Keselamatan dan privasi adalah asas pada reka bentuk semua perkakasan, perisian dan perkhidmatan Apple. Apple mengambil pendekatan bersepadu untuk memastikan supaya setiap aspek pengalaman mempunyai keselamatan dan privasi terbina dalam. Pendekatan ini mempertimbangkan privasi dan keselamatan semua pengguna, termasuk mereka yang di dalam seting pendidikan, seperti guru, fakulti, pekerja dan pelajar.
Apple School Manager
Apple School Manager dibina dengan keutamaan pada privasi data pelajar. Apabila anda menggunakan Apple School Manager untuk mendayakan akses pelajar kepada perkhidmatan, Apple bertindak sebagai pemproses data yang mewakili anda. Pemilikan dan kawalan data pelajar kekal dengan sekolah anda. Apple menerima dan memproses hanya data pelajar bagi anda, seperti yang diminta oleh anda.
Apple ID Terurus
Anda boleh menyediakan akaun Apple ID Terurus dan jadual kelas dalam Apple School Manager, mengimport hanya data minimum seperti nama pelajar dan kelas didaftarkan; maklumat pelajar lain yang mungkin berada dalam Sistem Maklumat Pelajar (SIS) tidak diimport, melainkan anda memilih untuk berbuat demikian secara khusus.
Apple ID Terurus mempunyai pengehadan dalam pembelian dan komunikasi untuk melindungi privasi pelajar. Pembelian individu daripada App Store, Apple Books, iTunes Store dan Apple Music— serta perkhidmatan Apple yang lain seperti peranti disambungkan HomeKit, Apple Pay dan Rantai Kunci iCloud dinyahdayakan secara automatik. Sekolah memiliki dan mengawal maklumat pelajar serta boleh memilih untuk mendayakan atau menyahdayakan perkhidmatan seperti iMessage, FaceTime, atau rakaman kemajuan pelajar dengan app Schoolwork.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Akses perkhidmatan dengan Apple ID Terurus dan Ciri Apple iD Terurus untuk pelajar dan guru dalam Panduan Pengguna Apple School Manager.
Piawai privasi disokong oleh Apple
Apple mengekalkan pensijilan dalam pematuhan dengan piawai ISO 27001 dan 27018 untuk melaksanakan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat dengan langkah untuk melindungi PII dalam persekitaran awan awam. Kami juga memenuhi keperluan rangka kerja GDPR EU yang baharu. Selain itu, Apple telah menandatangan Ikrar Privasi Pelajar, lebih lanjut menggariskan komitmen kami dalam melindungi maklumat pelajar, ibu bapa dan guru yang dikongsi di sekolah kami. Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) Apple, dikekalkan di bawah usaha ISO 27001 dan 27018, menggunakan rangka kerja industri penting yang lain.