Rancang profil konfigurasi anda untuk peranti Apple
Asas muat beban
Profil konfigurasi dan perancangan muat beban membantu mengurangkan kerumitan. Untuk memudahkan kerja anda, ikuti amalan terbaik pengurusan peranti mudah alih (MDM) ini sebelum anda mula mengerahkan profil konfigurasi:
Profil konfigurasi boleh mempunyai lebih daripada satu muat beban.
Peranti boleh mempunyai lebih daripada satu profil konfigurasi.
Pada Mac, anda boleh menggabungkan profil konfigurasi pengguna dengan profil konfigurasi peranti.
Jika anda mempunyai berbilang profil konfigurasi yang mengandungi muat beban yang sama dengan seting berbeza, kelakuan yang terhasil tidak tertakrif.
Sokongan muat beban
Kaedah pemasangan disokong: Sesetengah muat beban boleh dipasang hanya melalui penyelesaian MDM.
Kaedah kelulusan disokong: Sesetengah muat beban memerlukan pengguna meluluskan profil konfigurasi yang mengandungi muat beban.
Sistem pengendalian dan saluran yang disokong: Sesetengah muat beban menyokong semua sistem pengendalian Apple, sesetengahnya hanya menyokong sistem pengendalian yang khusus.
Jenis pendaftaran disokong: Muat beban mungkin menyokong satu atau lebih jenis pendaftaran: Pendaftaran Pengguna, Pendaftaran Peranti dan Pendaftaran Peranti Diautomasikan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Pengenalan kepada jenis pendaftaran peranti Apple.
Duplikasi dibenarkan: Sesetengah muat beban boleh diduplikasikan. Sebagai contoh, muat beban Sijil sering melibatkan lebih daripada satu sijil dan muat beban VPN mungkin melibatkan lebih daripada satu seting VPN.
Cara mengoptimumkan pengurusan muat beban
Di sini terdapat beberapa contoh pengurusan muat beban yang dioptimumkan:
Jika anda mahu mengurus peranti iPhone, iPad dan Mac, gunakan muat beban yang sama untuk semua peranti.
Jika anda mahu mengurus peranti iPhone dan iPad (atau pengguna peranti tersebut) sahaja, fokus pada muat beban iPhone dan iPad.
Jika anda mahu mengurus komputer Mac atau pengguna komputer Mac sahaja, fokus pada muat beban Mac, kemudian tentukan jika pengurusan anda patut berada pada paras peranti atau pengguna.
Anda juga boleh mencipta profil konfigurasi tunggal yang mengandungi semua muat beban yang anda perlukan—sebagai contoh, untuk app dan seting berbeza, seperti Mail, Safari, Bluetooth® dan Wi-Fi.
Walaupun anda boleh mencipta profil konfigurasi tunggal yang mengandungi semua muat beban untuk organisasi anda, pertimbangkan untuk mencipta profil berasingan berdasarkan fungsi. Ini membantu memastikan perubahan yang dibuat pada satu profil konfigurasi tidak akan secara tidak sengaja mempengaruhi profil konfigurasi yang lain. Seting yang jarang berubah mungkin termasuk pengehadan peranti, Wi-Fi, keselamatan dan privasi, LDAP, Mail dan Kalendar. Seting yang mungkin kerap berubah termasuk seting VPN, sijil, Klip Web dan Skrin Utama.
Pengguna biasanya tidak boleh menukar seting yang ditentukan dalam profil konfigurasi. Anda juga boleh mengesetkan profil konfigurasi untuk tamat tempoh pada tarikh tertentu. Akaun yang dikonfigurasikan oleh profil konfigurasi boleh dikeluarkan hanya dengan memadamkan profil. Berbuat demikian mungkin menghalang peranti daripada digunakan dalam organisasi anda sehingga profil dipasang semula. Sebagai contoh, mengeluarkan profil konfigurasi mungkin menghalang pengguna daripada mengakses rangkaian, menerima mel dan mencipta peristiwa menggunakan app Kalendar mereka.
Senarai muat beban
Bergantung pada pengerahan, anda boleh menyemak muat beban untuk setiap sistem pengendalian. Dalam setiap jadual, anda boleh mengklik pautan muat beban untuk melihat pilihan muat beban khusus.
Nota: Bukan semua muat beban dan seting muat beban yang berkaitan tersedia dalam semua penyelesaian MDM. Untuk mengetahui muat beban MDM yang tersedia untuk peranti anda, rujuk dokumentasi vendor MDM anda.