Touch Bar
Ciri tersedia pada sesetengah komputer Mac. Anda boleh menggunakan gerak isyarat yang dikenali—seperti ketik, leret, atau luncur—terus pada Touch Bar untuk laraskan seting, gunakan Siri, akses kekunci fungsi dan lakukan tugas dalam app.
Touch Bar menyertakan Touch ID, yang membolehkan anda membuka kunci Mac anda dan sesetengah item dilindungi kata laluan anda, gunakan Apple Pay untuk membuat pembelian di web, serta membeli item daripada iTunes Store, App Store dan Apple Books.
Control Strip, di hujung kanan Touch Bar, membolehkan anda melaraskan seting biasa—seperti kecerahan dan kelantangan—dan tanya Siri. Anda boleh mengambangkan Control Strip untuk mengakses seting dan ciri tambahan, seperti Mission Control dan Launchpad.
Butang lain dalam Touch Bar bergantung kepada app yang anda gunakan atau tugasan yang anda lakukan. Sebagai contoh, ini bagaimana Touch Bar kelihatan apabila anda menulis e-mel dalam app Mail:
Lihat artikel Sokongan Apple Cara menggunakan Touch Bar pada MacBook Pro anda.