Tukar keutamaan dalam FaceTime pada Mac
Gunakan Keutamaan FaceTime untuk menyediakan atau menukar pilihan FaceTime. Selain itu, anda boleh menambah pemanggil ke senarai pemanggil disekat.
Dalam app FaceTime pada Mac anda, pilih FaceTime > Keutamaan, kemudian klik anak tetingkap keutamaan:
Seting: Daftar masuk ke FaceTime, sediakan membuat dan menerima panggilan telefon, serta tukar pilihan umum seperti membenarkan Live Photos dan nada dering.
SharePlay: Aktifkan SharePlay untuk membenarkan app memulakan SharePlay secara automatik dan sertai secara automatik orang yang anda pernah gunakan SharePlay bersama sebelum ini.
Disekat: Sediakan senarai pemanggil yang anda tidak mahu menerima panggilan FaceTime pada Mac anda.
Untuk mengetahui tentang pilihan dalam anak tetingkap, klik butang Bantuan di bawah anak tetingkap.