Ambil Live Photo dalam FaceTime pada Mac
Apabila anda dalam panggilan video FaceTime dengan seorang atau lebih ramai orang, anda boleh mengambil Live Photo untuk menangkap detik daripada panggilan. Anda berdua menerima pemberitahuan yang foto telah diambil dan Live Photo terus masuk ke pustaka Foto anda. Orang lain dalam panggilan mungkin perlu mengesetkan keutamaan FaceTime untuk membenarkan Live Photo sebelum anda boleh mengambil Live Photo.
Nota: Untuk mengambil Live Photo dalam panggilan satu dengan satu, anda dan orang lain pada panggilan mesti menggunakan versi terkini macOS 10.13.6 atau macOS Mojave 10.14.4 atau lebih baru, iOS 12.1.4 atau lebih baru, atau iPadOS. Untuk mengambil Live Photo untuk orang dalam panggilan berkumpulan, anda dan orang lain dalam panggilan mesti menggunakan macOS Catalina atau lebih baru, iOS 13 atau lebih baru, atau iPadOS. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang versi terkini macOS, lihat artikel Sokongan Apple Kemas kini keselamatan Apple. Mengambil Live Photo dalam FaceTime tidak tersedia di semua negara atau rantau.
Sediakan FaceTime untuk Live Photos
Dalam app FaceTime pada Mac anda, pilih FaceTime > Keutamaan, kemudian klik Seting.
Pilih kotak semak “Benarkan Live Photos diambil semasa panggilan Video”.
Dengan memilih pilihan ini, anda juga membenarkan orang lain mengambil Live Photos anda.
Sediakan Foto untuk Live Photos dalam FaceTime
App Foto tidak perlu terbuka semasa anda mengambil Live Photo; ia cuma perlu dibuka sekurang-kurangnya sekali dan mempunyai pustaka lalai.
Buka app Foto pada Mac anda jika anda belum pernah membukanya sebelum ini.
Ambil Live Photo
Dalam app FaceTime pada Mac anda, semasa panggilan video, lakukan salah satu daripada berikut:
Dalam panggilan satu dengan satu: Pilih tetingkap FaceTime.
Dalam panggilan kumpulan: Dwiklik jubin orang yang anda mahu ambil Live Photo.
Klik butang Live Photo (atau gunakan Touch Bar).
Pemberitahuan memberitahu anda bahawa anda mengambil Live Photo. Foto tersedia dalam app Foto.