Sediakan iPhone dan Mac anda untuk panggilan telefon
Anda boleh mengesetkan pilihan pada iPhone dan Mac anda supaya anda boleh membuat dan menerima panggilan telefon (termasuk panggilan Teks Masa Nyata (RTT)) menggunakan app FaceTime pada Mac anda.
Keperluan
Untuk membuat dan menerima panggilan telefon pada Mac anda, pastikan yang berikut:
iPhone anda mempunyai iOS 8 atau lebih baru dipasang. Lihat artikel Sokongan Apple Kemas kini iPhone, iPad, atau iPod touch anda.
iPhone dan Mac anda menggunakan rangkaian Wi-Fi yang sama. Lihat Sambungkan Mac anda ke Internet menggunakan Wi-Fi.
iPhone dan Mac anda didaftar masuk ke iCloud dan FaceTime menggunakan Apple ID yang sama. Lihat Sediakan iCloud, Daftar masuk atau keluar daripada FaceTime dan artikel Sokongan Apple Gunakan Kesinambungan untuk menyambungkan Mac, iPhone, iPad, iPod touch dan Apple Watch anda.
iPhone dan Mac anda mempunyai Panggilan Wi-Fi diaktifkan, seperti yang diterangkan dalam bahagian di bawah. Panggilan Wi-Fi tidak tersedia pada sesetengah model Mac.
Sediakan iPhone anda
Pada iPhone anda, pergi ke Seting > Telefon.
Pilih satu daripada yang berikut, bergantung pada pembawa anda.
Jika anda melihat Panggilan Wi-Fi, ketiknya, kemudian aktifkan Panggilan Wi-Fi (iPhone Ini).
Selepas anda mengaktifkan Panggilan Wi-Fi, anda mungkin akan melihat butang Tambah Panggilan Wi-Fi (Peranti Lain). Ketiknya untuk membenarkan panggilan menggunakan peranti anda yang lain yang tidak berada dalam rangkaian Wi-Fi yang sama seperti iPhone anda, atau jika telefon anda tidak aktif. Jika tidak, anda masih boleh gunakan Mac anda untuk buat panggilan telefon, tetapi iPhone anda mesti diaktifkan dan berada dalam rangkaian Wi-Fi yang sama seperti Mac anda.
Nota: Hanya pembawa telefon tertentu menyokong Panggilan Wi-Fi untuk peranti yang tidak berada dalam rangkaian Wi-Fi yang sama dengan iPhone anda. Lihat artikel Sokongan Apple Buat panggilan dengan Panggilan Wi-Fi. Anda juga perlukan iPhone 5s, iPhone 5c, atau lebih baru.
Jika anda lihat Panggilan pada Peranti Lain, ketiknya, kemudian akitfkannya.
Pilihan ini membenarkan panggilan menggunakan peranti anda yang lain yang berada dalam rangkaian Wi-Fi yang sama seperti iPhone anda.
Jika anda menggunakan iOS 8, pergi ke Seting > FaceTime, kemudian aktifkan Panggilan Selular iPhone.
Sediakan Mac anda
Jika anda mengaktifkan Panggilan Wi-Fi pada iPhone anda, apabila anda membuka FaceTime pada Mac, anda mungkin diminta untuk mengaktifkan Panggilan dari iPhone pada Mac anda. Jika anda tidak ditanya, lakukan yang berikut.
Dalam app FaceTime pada Mac anda, pilih FaceTime > Keutamaan, kemudian klik Seting.
Pilih Panggilan dari iPhone.
Jika anda tidak melihat pilihan ini, pastikan Mac anda memenuhi semua keperluan di atas, kemudian buka keutamaan FaceTime semula.
Jika butang Naik Taraf kepada Panggilan Wi-Fi muncul, klik ia, kemudian ikut arahan pada skrin.
Butang ini muncul jika pembawa anda menyokong Panggilan Wi-Fi apabila iPhone anda dimatikan atau berada pada rangkaian Wi-Fi yang berbeza.
Jika anda diminta mengesahkan alamat anda untuk perkhidmatan kecemasan, klik Kemas Kini Alamat Kecemasan. (Jika anda membuat panggilan kecemasan yang menggunakan Wi-Fi berbanding selular, alamat yang anda berikan di sini membantu perkhidmatan kecemasan mencari anda.) Lihat artikel Sokongan Apple Buat panggilan dengan Panggilan Wi-Fi.
Anda boleh menyahaktifkan panggilan telefon pada Mac anda pada bila-bila masa. Dalam app FaceTime, pilih FaceTime > Keutamaan, klik Seting, kemudian nyahpilih Panggilan dari iPhone.
Dayakan panggilan telefon RTT
Jika anda mempunyai kesukaran mendengar atau bertutur, atau mahu memanggil orang yang mempunyai kesukaran tersebut, anda boleh menggunakan Teks Masa Nyata (RTT) untuk panggilan telefon anda, jika pembawa anda menyokongnya.
Nota: Untuk membuat atau menerima panggilan RTT, anda mesti menggunakan macOS Mojave 10.14.2 atau lebih baru dengan Panggilan Wi-Fi menerusi iPhone dengan iOS 12.1.1 atau lebih baru. Ciri ini tidak tersedia di semua rantau atau disokong oleh semua pembawa. Bergantung pada persekitaran rangkaian anda, panggilan RTT mungkin diturun taraf ke panggilan TTY.
Pada iPhone anda, pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian.
Ketik RTT/TTY, kemudian aktifkan RTT/TTY Perisian.
Apabila RTT diaktifkan, muncul dalam bar status di bahagian atas skrin. Anda boleh memilih pilihan tambahan untuk panggilan RTT pada iPhone anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Kebolehcapaian.
Klik RTT, kemudian pilih Dayakan RTT.
Nota: Jika anda tidak melihat RTT, semak sama ada anda telah menyelesaikan semua langkah persediaan di atas. Jika anda masih tidak melihat RTT, ia mungkin tidak disokong pada Mac anda.
Pilih pilihan tambahan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, klik butang Bantuan dalam anak tetingkap.
Apabila RTT didayakan pada Mac anda, butang RTT ditunjukkan—contohnya, dalam kad dalam app Kenalan atau dalam FaceTime—untuk menunjukkan yang anda boleh membuat atau menerima panggilan RTT.