Buat panggilan dalam FaceTime pada Mac
Buat panggilan FaceTime ke satu atau lebih orang (sehingga 32) yang mempunyai Mac atau peranti iOS dengan app FaceTime dan bersambung ke Internet. Panggilan FaceTime menggunakan Wi-Fi atau data selular.
Untuk mendapatkan maklumat tentang keperluan sistem untuk menggunakan FaceTime, lihat Keperluan FaceTime.
Minta Siri. Cakap sesuatu seperti: “FaceTime emak.” Ketahui lanjut tentang Siri.
Anda juga boleh membuat panggilan telefon kepada sesiapa sahaja terus daripada Mac anda, menggunakan sambungan selular iPhone berdekatan anda. Lihat Buat dan terima panggilan telefon dalam FaceTime.
Dalam app FaceTime pada Mac anda, daftar masuk ke FaceTime dan aktifkannya.
Dalam medan di bahagian atas tetingkap FaceTime, masukkan alamat e-mel atau nombor telefon orang yang anda mahu panggil. Anda mungkin perlu menekan Return.
Jika anda mempunyai kad untuk orang dalam app Kenalan, anda boleh memasukkan sahaja namanya. Untuk mendapatkan maklumat tentang menambah kenalan, lihat Tambah kenalan semasa menggunakan FaceTime.
Untuk membuat panggilan dengan berbilang orang (FaceTime Kumpulan), ulang langkah 2 sehingga semua peserta disenaraikan.
Nota: FaceTime Kumpulan tersedia dengan Kemas Kini Tambahan macOS Mojave 10.14.3 atau lebih baru, atau iOS 12.1.4 atau lebih baru. Ciri ini mungkin tidak tersedia di semua rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Perihal kandungan keselamatan Kemas Kini Tambahan macOS Mojave 10.14.3.
Untuk memulakan panggilan FaceTime, klik butang Video atau butang Audio (atau gunakan Touch Bar).
Jika anda klik butang Audio dan anda bersedia untuk membuat panggilan telefon pada Mac anda, anda boleh memilih sama ada untuk membuat panggilan audio FaceTime atau panggilan telefon.
Jika anda membuat panggilan video yang ditolak atau tidak dijawab, anda boleh mengklik Mesej untuk menghantar orang itu iMessage (anda dan orang itu mestilah didaftarkan masuk ke iMessage).
Sebaik sahaja anda berada dalam panggilan dengan satu atau lebih orang, anda boleh melakukan mana-mana yang berikut: