Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Jeda panggilan video
Anda boleh jeda panggilan video FaceTime untuk berhenti menghantar video buat sementara waktu. Kedua-dua peserta masih boleh mendengar satu sama lain kecuali anda senyapkan panggilan.
Jeda panggilan video: Klik butang minimumkan kuning di bahagian atas tetingkap FaceTime.
Jika anda dalam paparan skrin penuh, keluar dari paparan dahulu.
Teruskan panggilan video dijedakan: Klik ikon FaceTime dalam Dock.