Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Kongsi pautan ke panggilan FaceTime pada Mac
Anda boleh berkongsi pautan ke panggilan FaceTime dengan orang lain supaya mereka boleh menyertai secara serta-merta atau kemudian.
Nota: Anda boleh menjemput sesiapa yang memenuhi keperluan ini untuk menyertai anda pada panggilan FaceTime, walaupun orang yang tidak mempunyai peranti Apple.
Dalam app FaceTime pada Mac anda, lakukan satu daripada berikut:
Cipta pautan ke panggilan FaceTime baharu: Klik Cipta Pautan.
Cipta pautan ke panggilan FaceTime semasa: Klik butang Bar Sisi , kemudian klik Cipta Pautan.
Kongsi pautan ke panggilan FaceTime sebelumnya: Klik butang info , kemudian klik butang Kongsi .
Pilih pilihan perkongsian.