Kongsi skrin anda dalam FaceTime pada Mac
Dengan macOS 12 atau lebih baharu, anda boleh berkongsi skrin anda semasa panggilan video FaceTime. Anda boleh melihat album foto bersama, melihat halaman web pada masa yang sama, atau mendapat maklum balas tentang sesuatu yang anda sedang usahakan, semuanya sambil melihat dan mendengar reaksi semua orang.
Semasa dalam panggilan FaceTime pada Mac anda, buka app yang anda mahu kongsikan dalam panggilan.
Klik butang Video dalam bar menu, kemudian klik butang Kongsi Skrin .
Lakukan satu daripada yang berikut:
Kongsi tetingkap: Pilih Tetingkap, gerakkan penuding ke tetingkap yang anda mahu kongsikan, kemudian klik Kongsi Tetingkap Ini.
Petua: Anda juga boleh mengklik dan menahan butang maksimumkan dalam app untuk berkongsi app atau tetingkap.
Kongsi semua tetingkap daripada app: Pilih App, gerakkan penuding ke tetingkap yang anda mahu kongsikan, kemudian klik Kongsi Semua Tetingkap [App].
Kongsi berbilang tetingkap: Semasa berkongsi satu atau lebih tetingkap pada Mac dengan Apple silicon, klik Tambah Tetingkap. Untuk berhenti berkongsi tetingkap, klik butang tolak di sebelah kiri pratonton tetingkap.
Kongsi keseluruhan skrin: Pilih Skrin, gerakkan penuding ke mana-mana bahagian skrin, kemudian klik Kongsi Skrin Ini.
Tukar tetingkap yang anda kongsikan: Tahan penuding di atas pratonton tetingkap dikongsi, klik Tukar Tetingkap Dikongsi, gerakkan penuding ke tetingkap yang anda mahu kongsikan, kemudian klik Kongsi Tetingkap Ini.
Petua: Untuk berhenti berkongsi, klik ikon Perkongsian Skrin dalam bar menu, kemudian klik butang Henti Berkongsi.