
Daftar masuk atau keluar dari FaceTime
Sebelum anda boleh membuat atau menerima panggilan audio dan video FaceTime atau panggilan telefon pada Mac, anda perlu mendaftar masuk ke FaceTime menggunakan Apple ID anda dan mengaktifkan FaceTime.
Apabila anda mendaftar keluar daripada FaceTime, anda tidak boleh menerima panggilan FaceTime atau telefon sehinggalah anda mendaftar masuk lagi. Jika anda mahu kekal didaftarkan masuk ke FaceTime tetapi berhenti menerima panggilan, anda boleh menyahaktifkan FaceTime.
Untuk mendapatkan maklumat tentang keperluan sistem menggunakan FaceTime, lihat Keperluan FaceTime.
Daftar masuk ke FaceTime
Daftar masuk ke FaceTime pada setiap peranti yang anda mahu gunakan untuk membuat atau menerima panggilan FaceTime atau panggilan telefon. Pastikan mendaftar masuk menggunakan Apple ID yang sama pada setiap peranti. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Gunakan Kesinambungan untuk menyambungkan Mac, iPhone, iPad, iPod touch dan Apple Watch anda.
Buka FaceTime, masukkan Apple ID dan kata laluan anda, kemudian klik Daftar masuk. FaceTime aktif secara automatik.
Jika anda terlupa Apple ID atau kata laluan anda, atau jika anda perlu mencipta Apple ID, pergi ke tapak web akaun Apple ID.
Daftar keluar daripada FaceTime
Daftar keluar daripada FaceTime untuk berhenti menerima panggilan FaceTime atau telefon. Untuk membuat atau menerima panggilan lagi, anda perlu mendaftar masuk semula.
Pilih FaceTime > Keutamaan, kemudian klik Daftar Keluar.
Nyahaktifkan atau aktifkan FaceTime
Jika anda mahu kekal didaftarkan masuk ke FaceTime, tetapi tidak menerima panggilan FaceTime atau telefon, anda boleh menyahaktifkan FaceTime. Apabila anda bersedia untuk panggilan lagi, hanya aktifkan FaceTime (anda tidak perlu mendaftar masuk lagi).
Nyahaktifkan FaceTime: Pilih FaceTime > Nyahaktifkan FaceTime.
Jika sesorang memanggil, anda tidak menerima pemberitahuan untuk panggilan; bagi pemanggil, ia kelihatan seperti anda tidak menjawab.
Nota: Daripada menyahaktifkan FaceTime, anda boleh mengaktifkan Jangan Ganggu di Pusat Pemberitahuan, yang akan menghalang pemberitahuan daripada mengganggu anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Jangan Ganggu, lihat Terima atau hentikan pemberitahuan.
Aktifkan FaceTime: Pilih FaceTime > Aktifkan FaceTime.
Nota: Untuk menyekat semua panggilan FaceTime atau telefon, nyahaktifkan FaceTime atau daftar keluar daripada FaceTime pada setiap peranti. (Anda juga boleh menyekat pemanggil individu. Orang yang berada dalam senarai disekat anda disekat pada semua peranti anda yang didaftarkan masuk ke FaceTime dan iCloud menggunakan Apple ID yang sama.)