Telefon kembali panggilan FaceTime baru atau tidak dijawab
Anda boleh mengembalikan panggilan FaceTime terbaru (termasuk panggilan tidak dijawab anda) daripada app FaceTime, Pusat Pemberitahuan, Peringatan, atau Dock.
Kembalikan panggilan daripada FaceTime: Klik Video atau Audio di tetingkap FaceTime untuk melihat senarai panggilan FaceTime terbaru yang anda buat, terima, atau tolak. Kemudian klik butang Video atau butang Audio bersebelahan panggilan (atau gunakan Touch Bar).
Kembalikan panggilan tidak dijawab daripada Pusat Pemberitahuan: Klik ikon Pusat Pemberitahuan di bar menu, klik Pemberitahuan, kemudian klik satu panggilan dalam senarai panggilan tidak dijawab. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Terima atau henti pemberitahuan.
Kembalikan panggilan daripada peringatan: Klik pautan dalam peringatan FaceTime.
Kembalikan panggilan daripada Dock: Control-klik ikon FaceTime, kemudian klik satu panggilan di bawah Panggilan Terbaru.
Jika anda tidak melihat ikon FaceTime dalam Dock, anda boleh menambahnya.