Kembalikan panggilan FaceTime terbaru atau tidak dijawab pada Mac
Anda boleh hubungi semula panggilan FaceTime terbaru (termasuk panggilan tidak dijawab anda) daripada FaceTime, Pusat Pemberitahuan, peringatan, atau Dock. (Lihat keperluan FaceTime.)
Pada Mac anda, lakukan satu daripada berikut:
Kembalikan panggilan daripada FaceTime: Klik Semua atau Tak Dijawab dalam tetingkap FaceTime untuk melihat senarai panggilan FaceTime terbaru yang anda buat, terima, atau tolak. Kemudian klik butang Video atau butang Audio bersebelahan panggilan (atau gunakan Touch Bar).
Petua: Panggilan FaceTime Kumpulan kekal aktif sehingga semua peserta meninggalkan panggilan. Untuk menyertai atau menyertai semula panggilan kumpulan yang sedang berjalan, klik butang Sertai Video .
Kembalikan panggilan tidak dijawab daripada Pusat Pemberitahuan: Klik tarikh dan masa dalam bar menu di bahagian atas skrin untuk melihat pemberitahuan, kemudian klik satu panggilan dalam senarai panggilan tidak dijawab. Lihat Terima, jeda, atau hentikan pemberitahuan.
Kembalikan panggilan daripada peringatan: Klik pautan dalam peringatan FaceTime. (Peringatan dicipta secara automatik apabila anda menolak panggilan dan mengesetkan peringatan untuk memanggil balik kemudian. )
Kembalikan panggilan daripada Dock: Control-klik ikon FaceTime, kemudian klik satu panggilan di bawah Panggilan Terbaru.
Jika anda tidak melihat ikon FaceTime dalam Dock, anda boleh menambahnya.
Anda tidak boleh membuat panggilan kepada seseorang yang dihadkan oleh had komunikasi dalam Masa Skrin.